e-Daftar
e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.
Langkah-langkah permohonan individu:
Semak....Adakah anda telah mendaftar dan sudah mempunyai fail cukai pendapatan?
1. Lengkapkan borang pendaftaran online.
2. Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:
2.1 Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan.
2.2 Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
2.3 Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
3. Semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.
Contoh nombor permohonan
(diberi setelah borang pendaftaran online diterima).
Muat Naik Dokumen Pengenalan Anda. Sila Ambil Perhatian : |
1. Hanya Muka Depan Yang Dengan Jelas Menunjukkan Nama Dan No. Pengenalan Diperlukan. |
2. Hanya Fail .gif Sahaja Dibenarkan Dan Saiz Fail Besar Dari 40k Dan Tidak Melebihi 300k. |
3. Nama Fail Mestilah Menggunakan Alphanumerik Sahaja (a-z,A-Z dan
0-9).
Peringatan : Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap. |
Masalah/Aduan/Komen: 03-8913 3800